Home Top Ad

Counter Terrorisme Unit

Ucapan Sempena Awal Tahun 2019 oleh StarfoX

Share:

بسم الله الرحمان الرحيم


Sudahkah anda membaca artikel di bawah??



Kalau belum, sila klik [DI SINI!]

Saya percaya... setelah anda membaca dan meneliti isi kandungan blog tersebut, anda semakin yakin bahawa Mobilisasi besar besaran di negara kuih lapis sekarang ada kaitan dengan operasi senyap proxy dajjal di negara tersebut..

Hal ini berkait rapat dengan kemampuan iblis dan syaitan mencuri khabar dari langit sebelum keputeraan baginda Nabi s.a.w.. termasuklah peristiwa2, petanda2, serta ciri2 yang dimiliki oleh Syuaib bin Saleh a.k.a imam Mahdi, baik sebelum...mahupun selepas diislah hanya dalam satu malam.. bermakna, sudah sekian lama iblis dan dajjal mengetahui serba sedikit latar belakang calon pemimpin umat akhir zaman.. yakni al-Mahdi alaihissalam..

Ini memberi banyak ruang dan masa bagi iblis dan dajjal merancang serta menyusun strategi untuk memberi tentangan hebat terhadap calon pemimpin umat tersebut..

Iblis dan dajjal sangat mengerti akan tugas Syuaib bin Saleh a.k.a imam Mahdi ini yang mengajak kaumnya dari arah timur untuk berhijrah ke Tanah Yang Dijanjikan.. yakni kota Makkah al-Mukarramah..

Justeru, iblis dan dajjal telah merancang untuk melakukan sesuatu, agar...bilamana calon pemimpin akhir zaman ini memainkan peranannya mengajak kaum Timur itu Hijrah, maka ajakan Hijrahnya akan ditolak..

Lalu, difitnah lah calon pemimpin umat itu secara besar besaran..

Imejnya dirosak habis habisan oleh sekutu2 dajjal di negara akhir zaman tersebut, dengan tuduhan jenayah yang samasekali dirinya tidak pernah terlibat.. apa lagi melakukannya.. jauh sekali..

Jika diteliti dengan saksama, maka kita dapati, kerahan Mobilisasi di negara akhir zaman tersebut sebenarnya bukanlah bertujuan untuk mencegah jenayah, sebagaimana yang didakwa oleh proxy dajjal di negara tersebut.. sebaliknya tujuan utama mobilisasi tersebut lebih cenderung kepada MENCEGAH KAUM AKHIR ZAMAN TERSEBUT DARIPADA HIJRAH KE MAKKAH.. sebab itulah calon pemimpin akhir zaman tersebut dibuat hina, dan dibenci oleh masyarakat negara kuih lapis.. bab cegah jenayah tu semua auta je.. hakikatnya memang takda jenayah pun..

Kaji sejarah... dan di sana anda akan dapati addajjal pernah guna strategi yg sama.. iaitu program cegah jenayah suatu masa dahulu.. cuma bezanya.. masa tu yang kena tuduh ialah Nabi Isa alahissalam.. begitu juga Nabi Musa alaihissalam.. pernah menghadapi tuduhan jenayah yang berpunca daripada fitnah dajjal.. itu Nabi dan Rasul.. pun kena..

Inikan pula pemimpin akhir zaman.. apatah lagi..

Zaman yang jauh beza.. ribuan tahun lamanya.. namun, skrip putaran rodanya tetap sama.. fitnah besar2an terhadap Hamba Allah yang terpilih..

Kalau dulu yang dijadikan proxy dajjal adalah tentera Rom dan tentera Firaun.. kini giliran pasukan keselamatan negara kuih lapis pula yang digunakannya melalui proxy nya di negara tersebut..

Permainan dajjal ni mudah je sebenarnya kalau kita faham betul2 tricknya.. pertama sekali kau kena wujudkan sistemnya dulu.. pemimpinnya tu yg paling penting kau kuasai dulu.. jadikan boneka pak turut.. lepas tu baru la kau buat sistemnya.. sistem jenayah dummy olok2.. kat situ la trick permainannya bermula..

Dalam sistem dummy ni sebenarnya sapa2 pun kau boleh tuduh penjenayah sebenarnya.. asal kau tau bila masa yg sesuai nak kenakan orang tu sebagai mangsa.. ambik video / gambar orang tu senyap2 ketika orang tu tgh mengalami masalah mental dan gangguan jiwa.. bingo! Masuk dalam sistem.. pastu kau reka2 la sendiri ceritanya.. kau buat la ayat konon2nya orang tu buat jenayah begitu dan begini.. walaupun buktinya tak ada.. pastu kau sebar... dan paksa orang ramai percaya.. Lama2 benda tu merebak ke seluruh negara...dan nampak cerita tu seolah2 betul sebab retorik dan propaganda tu dah lama.. dan dah melibatkan banyak pihak dari berbagai negeri dan daerah.. dan dah merebak ke negara jiran tetangga dah pun.. warga asing dalam negara kuih lapis pun ramai dah tau benda ni.. hasilnya tetap sama.. begitu2 je la dari dulu.. takde perkembangan positif pun..

Sebab motifnya dari awal lagi bukanlah untuk cegah jenayah.. tapi sebab nak buat masyarakat benci terhadap calon Pemimpin Akhir Zaman itu.. tu la motif yang sebenar benarnya!

Lama2 orang ramai pun tau.. kau dengan puak kau tu menipu.. dan kerja buat fitnah kat orang..

Last2 ???

Orang ramai semakin percayakan calon pemimpin umat tersebut.. manakala kau dengan organisasi kau dianggap penipu dan pengkhianat.. melingkuplah kau sana!

Hakikatnya semakin ramai yang istikharah dan berzikir.. lalu bertekad untuk Hijrah ke kota Makkah..

Penduduk negara kuih lapis dah semakin sedar... negara yang mereka duduki sekarang bukanlah seperti dulu.. negara mereka kini dikuasai oleh binatang2 ternak peliharaan dajjal yg dilaknat tuhan..

Mereka dah muak dan menyampah dengan penipuan yang puak2 dajjal buat selama ini..

Akhirnya kebenaran jualah yang menang... walau seteruk mana pun dihina... disisih... dan disembunyikan..

Point2 yang saya bahas sejak tadi baru je berkisar tentang fitnah duhaima, berupa Mobilisasi palsu.. iaitu fitnah akhir zaman yg diciptakan dan disebarkan oleh hamba2 dajjal di negara kuih lapis.. semua ini hanyalah false flag permainan proxy dajjal.. tu baru kerja pengikutnya.. belum dajjal sebenar muncul lagi.. Mobilisasi ciptaan proxy dajjal saja pun anda dah tak sanggup nak elak / menolaknya.. inikan pula sosok sebenar bigboss nya.. mmg sampai ke sudah anda takkan mampu menolak / melawan fitnahnya..

Sebab itulah Nabi suruh kita Hijrah..

Segala yang ditawarkannya nanti nampak baik.. benar.. dan indah2 belaka.. padahal itulah jalan yang membawa anda ke neraka..

Sebagai perbandingan, anda boleh nilaikan sendiri Mobilisasi sekarang ini.. apa yang ditawarkan?? Apa motif dan tujuannya?? :)

Pastinya yang murni2 belaka kan.. tu kata mereka..

Hakikatnya??

Anda sedang diseret ke dalam kelompok fitnah besar2an..

Ingatlah Hadis Nabi tentang orang yang beramal soleh di pagi hari.. lalu menjadi kufur di petang hari.. pada peristiwa inilah terletak perkaitannya..

No comments